Temuduga Terbuka MyFutureJobs Anjuran PERKESO
16 April 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Walk-In Interview anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Seri Manjung dengan kerjasama Toyo Tires telah memberi impak yang sangat positif kepada pencari kerja sekitar Changkat Jering. Program ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan secara terus kepada masyarakat setempat, malah turut memudahkan proses temuduga tanpa perlu melalui prosedur yang rumit serta menjimatkan masa dan kos pencari kerja. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keyakinan diri calon, memberi pendedahan kepada keperluan industri semasa, serta menyumbang ke arah peningkatan taraf ekonomi komuniti setempat.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak majikan bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada rakyat. Pihak penganjur juga wajar dipuji atas inisiatif yang proaktif dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran dan memperkasa kebolehpasaran tenaga kerja. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya PERKESO Seri Manjung dan Toyo Tires atas komitmen serta usaha dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.
Penghargaan juga diberikan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Changkat Jering yang telah menyediakan lokasi serta fasiliti yang selesa dan kondusif, sekali gus memastikan kelancaran program serta keselesaan semua pihak yang terlibat sepanjang pelaksanaan sesi temuduga berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: